home  
  jenisherba  
  payment  
  contacts  
    Home Dasar Privasi Mengenai Kami

 
Jenis Kemurungan
Masalah Tidur
Masalah Panik
Masalah Suami-isteri
Masalah Trauma
Masalah Kurang Keyakinan
Masalah Cepat Letih
Masalah Kurang Selera Makan
Masalah Rasa Bersalah
Masalah Hilang Semangat
Masalah Tidak Tenteram
Masalah Kurang Daya Tumpuan
   
Artikel
Masalah Sesak Nafas Dan Cara Untuk Mengatasinya
Mengapa Orang Yang Mengalami Kemurungan Penampakan Hantu
Tekanan Menopause Dan Jantung Berdebar-debar
Punca dan Herba Berkaitan Hati Tidak Tenang
Simptom Gastrik Dan Cara Untuk Mengatasinya
   
   

Masalah bukan kerana aku tak cinta, masalah seperti asyik rasa bersalah terhadap pasangan.bukan kerana aku tak conta

Ciri-ciri Kemurungan Klinikal: Masalah Rasa Bersalah (nama samaran, bukan nama sebenar)

Puan Maimunah seorang ibu sepenuh masa yang mempunyai 5 orang anak. Dia seorang diri menjalankan semua tugas-tugas menjaga 5 orang anaknya dan menguruskan kerja rumah. Sekarang, 5 orang anaknya telah pergi sekolah berasrama dan ada yang telah bekerja. Kebanyakan masa, Puan Maimunah seorang diri berada di rumah bersama suaminya yang telah pencen dan sedang sakit. Tiap-tiap hari, Puan Maimunah sibuk menjaga suaminya yang sakit dan menguruskan kerja rumah. Dia cuba sedaya upaya mencari kaedah untuk mengubati suaminya tetapi semuanya gagal. Puan Maimunah rasa dirinya tidak berguna kerana tidak dapat mencari terapi yang sesuai untuk suaminya. Dia selalu menyalahkan diri sendiri dan rasa hati tak tenang. Puan Maimunah rasa sangat sedih melihatkan keadaan suaminya dan mula kurang selera makan. Rasa bersalah menghantui diri Puan Maimunah

Tiap-tiap hari Puan Maimunah kerap memikirkan perkara-perkara yang lepas, peristiwa yang berlaku pada zaman lepas, dia selalu memikirkan kesilapan yang dilakukan pada masa lepas. Dia rasa susah memaafkan dirinya untuk kesilapan masa-masa lepas, walaupun untuk perkara kecil. Puan Maimunah jadi suka duduk termenung dan tidak berminat dengan kerja rumah, dan tidak berdaya untuk menjaga suaminya yang sakit. Dia rasakan dirinya bukan isteri yang solehah dan menyebabkan suaminya sakit. Dia menghadapi kemurungan dan stress disebabkan kekerapan rasa bersalah bertamah dari semasa ke semasa. Dia terlalu bimbang dirinya akan didenda oleh TUHAN, dia terlalu khuatir sehingga susah tidur malam. Pagi-pagi pula dia menjadi kurang berdaya dan tidak mampu menguruskan kerja rumah. Kesemua contoh kemurungan diatas mendatangkan kesan kemurungan terhadap kesihatan Puan Maimumah. Kesemua diatas merupakan ciri kemurungan yang biasa berlaku dalam kes kemurungan klinikal atau kemurungan dalam islam.

Adakah Puan Maimumah perlukan ubat tidur atau ubat penenang?

Semasa cuti, anak-anaknya balik ke rumah melawat. Anak-anaknya merasakan maknya telah berubah dan tidak seceria dulu, penat dan lesu, tidak bersemangat, suka duduk termenung, selalu cerita pasal kesalahan diri sendiri dan rasa bersalah menghantui diri atas kesilapan yang lepas, asyik rasa bersalah dan tidak dapat memaafkan diri sendiri. Anak Puan Maimunah yang telah bekerja membawa dia pergi ke hospital untuk melakukan test kemurungan. Pihak hospital mengesahkan Puan Maimunah memang mempunyai masalah kemurungan dalam islam, terlalu khuatir kesilapan diri dan didenda oleh TUHAN. Pihak hospital menyatakan ciri kemurungan diatas merupakan kes kemurungan yang biasa berlaku dalam kategori kemurungan dalam islam.

Selepas terapi kemurungan daripada hospital iaitu ubat penenang, Puan Maimunah masih tidak sembuh, rasa bersalah yang kuat masih dirasai tiap-tiap hari. Rakan sekerja anaknya bagi nombor telefon Kak Hannah kepada anaknya. Rakan sekerjanya beritahu bahawa maknya dulu juga menghadapi masalah yang sama, selepas rawatan kemurungan melalui herba, sekarang dah sembuh, kelihatan seri muka dan tenang hati semula tanpa bergantung pada ubat penenang atau ubat tidur.

Selapas rawatan herba daripada Kak Hannah, Puan Maimunah mula boleh melepaskan perkara-perkara yang lepas, dan tidak sentiasa terikat dengan kesilapannya yang lepas. Dia tidak lagi terikat dengan kata kata sedih yang diluahkan oleh suaminya pada masa-masa lepas. Dia boleh menumpukan perhatian atas kerja rumah dan menjaga suaminya dan tidak asyik rasa bersalah. Dia mula boleh memaafkan diri sendiri atas kesilapan kecil  atau besar pada masa lepas, dia juga mula ada rasa sayang pada diri sendiri. Puan Maimunah tidak lagi sentiasa rasa bersalah atau suka salahkan diri sendiri. Dia menjadi ceria dan bersemangat disebabkan boleh tidur dengan baik pada waktu malam dan tidak asyik salahkan diri sendiri. Dia dah boleh rasa sayang pada diri sendiri dan makin ceria dan seri muka.

herbamambantu

 
Contact +6016 9693879
Puan Hannah
Email

kemurungan@gmail.com

 


 

 

 

 
 
 
Copyright © kemurungan.com
Home Contacts Sitemap